Friday, January 21, 2011

Taman Syurga 1 : Tahaalluf Siyasi

 buka majlis..ahli-ahli nisa' lembah pantai
Pembuka 2011
Alhamdulillah,pada 13 Januari lepas,kami nisa' lembah pantai telah mengumpulkan semua ahli nisa' lembah pantai yang lama dan baru dalam usrah pertama kami bagi tahun 2011.Masih tidak terlambat untuk mengucapakan selamat datang kepada ahli nisa' lembah pantai yang baru,kehadiran kalian amat dialu-alukan,mudah-mudahan dengan kehiran kalian ke nisa' lembah pantai ini memberi nafas baru kepada nisa' lembah pantai untuk menabur bakti kepada masyarakat.Jom realisasikan impian bersama.

 bincang-bincang

 naqibah : kak wafa
TAHAALLUF SIYASI
Sedikit perkongsian secara ringkas,tentang tajuk yang di pandu oleh naqibah kami kali ini ;kak wafa.
Tahaalluf siyasi ataupun  mudah katanya kerjasama,perjanjian politik untuk kepentingan kebaikan dan kemaslahatan agama, masyrarakat dan negara yang tidak melanggar syarat-syarat  dan prinsipnya.
Antara syarat yang terpenting adalah menjadikan Islam sebagai pendominasi dalam tahalluf tersebut.Bayangkan jika syarat ini tidak di patuhi,niat untuk meruntuhkan Jahilyyah,namun memberi peluang pihak lain untuk membentuk Jahiliyyah baru pula.
Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islamiyah (sahabat-sahabat boleh klik pada tajuk ini untuk mengetahui siri-siri tahaaluff siyasi dalam menegakkan daulah islamiyyah)

 menu : kue tiaw kungfu dan agar-agar buah

TERIMA KASIH DAUN KELADI
Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah (Nursing Generation House) di Sek 17 Petaling Jaya kerana menyediakan pakej tempat dan menu untuk usrah kali ini.Ucapan terima kasih juga untuk semua yang menjayakan usrah kali pertama 2011,semoga kita semua terus istiqamah dalam mengisi keperluan rohani kita.

No comments:

Post a Comment