Insan Terpilih . Bila teringat balik zaman muda muda dulu masa bersama sama naqibah buat usrah, kakak naqibah tu selalu cakap kita ni umat Nabi Muhammad SAW umat yang terpilih, sebab kita umat akhir zaman... Masa tu tak faham kenapa terpilih? kenapa akhir zaman?... bila dah lama lama , umur pun dah bertambah barula faham.. Rupanya tanggungjawab umat Nabi Muhammad SAW ni sangatlah besar sebabnya lepas Muhammad B Abdullah tak de dah nabi atau Rasul selepas baginda nabi.. so tugas menyebarkan Agama Islam yang tercinta ni automatik jatuh pada umatnya yang tercinta... MasyaAllah begitu besar tanggungjawab yang ditinggalkan oleh baginda nabi kepada kita..dan bagitu besar pahala yang Allah akan bagi pada hambanya yang menjadi penyambung mata rantai perjuangan baginda nabi...tapi kita sedikitpun tak pernah merasakan title INSAN TERPILIH tu sebagai hadiah yang Allah nk bagi kat kita...
Buktinya ramai di antara kita tahu tanggungjawab berdakwah tapi berapa ramai di antara kita yang mahu berdakwah... macam macam alasan yang diberikan sibuklah, kejelah ...1001 alasan boleh diberikan kalau kita tak mau berdakwah... betul tak...Kalau nak berdakwah kat tempat kerja pun boleh berdakwah... contohnya, masa makan ramai ramai, selitkanla cerita cerita yang baik mengenai adab makan Rasulullah, manala tau diorang terbuka hati nak ikut kan dapat pahala mengamalkan sunnah nabi...ni sebagai contoh... saya rasa sahabat sahabat saya mesti lagi pandai kan... sebab semua orang dikurniakan akal... cuma nak dengan tak nak jer kita nak gunakan akal tu...wallahualam...
No comments:
Post a Comment