Friday, April 16, 2010


NILAI SETITIS SUSU IBU
Adakah kita peduli?



terlalu banyak penderaan dan pembuangan bayi




Sampai bila semua ini akan berlaku?

Biarkan Aku Pergi



"Mama,genggamlah tangan adik...adik rindu sangat saat-saat manis seperti itu"
"mama, esok jangan pukul melati lagi ea..." memegang peha yang kemerahan.dah tak berdarah...tp kulitnya sakit!perit! nak mengadu pada siapa.Melati ja satu-satunya anak mama dan papa. Dulu ada juga Kak Fiza yang selalu jengok Melati bertanya khabar,bagi Melati makan.sekarang kak Fiza dah pergi jauh.Mama kata pergi keoversea.
Melati pun dah lama tak jumpa kawan-kawan.Duduk terperap dalam rumah.Mama kata jangan keluar sebab kat luar ada banyak orang jahat.Tapi,dalam rumah pun Melati tak jumpa orang baik.

"Ati, sayang..percayalah Allah ada disisi Ati.walaupun Ati kecik lagi,Allah dengo doa Ati" kak Fiza selalu nasihatkan Ati dalam loghat johornya. Ati suka tengok kak Fiza.cantik berkulit putih,hidung mancung,mata bulat.selalu manis berbaju kurung.Setahu Ati, kak Fiza pelajar Universiti tapi tak tahu pula yang mana..Ati dah tak ingat.

12/4/1998
Melati dah 8tahun kat dunia ni.Ati ingat lagi masa tu Ati nampak ada seorang perempuan kat tingkap bilik Ati
''Melati, sshhh...diam.Jangan jerit"
Ati takut.Mama kata kat luar banyak orang jahat.Ati diam.
"Buka tingkap ni,sayang" ''Hah? kak Fiza ker?" Ati kenal sebab tiada orang lain yang panggil Atii sayang kat dunia ni.
"Ya Allah ,teruknya muka Ati.Nah baca surat ni" mungkin kak Fiza lupa,Ati dah lama tak pergi sekolah.Ati kenal ABC ja....muram.Surat tu dibiarkan ditepi.
"Ati tak tahu baca"
"Oh,okie okie.maaf sayang.dah,dengo ni akak bagitau Ati.kita tak banyak masa sekarang.Ati buka pintu belakang sekarang!" kak Fiza menjerit tp bersuara halus mungkin sebab takut ada orang dengar.Ati kaget.kepala dihangguk tanda setuju.kaki yang sakit bagai terubat bila nampak kak Fiza...

Melati terlepas..dari cengkaman harimau yang ada rumah.

***************************************************************

Merenung ke luar jendela.Perasaan berkocak bila mendapat tahu berita kematian Kak Fiza. Tajuk Akhbar:10/12/2009-Johor.Bekas Pelajar UIA Ditemui Mati.Pembunuh kini dipenjara dan akan dihukum gantung.
Ya Allah kau tempatkanlah dirinya dikalangan orang yang beriman.Arwah kak Fiza, menjadi mangsa keadaan kerana menyelamatkan aku semalam.Walaupun aku bebas sekarang,namun kebebasan ini tiada makna lagi tanpa orang yang aku sayang.

Duduk kembali di meja tulis.Membuka helaian suratkhabar....Ya Allah dulu Melati ingat tak ramai yang didera...Sekarang ni lagi bertambah kes penderaan kanak-kanak.Statistik menunjukkan peningkatan mendadak.Adakah kita akan kembali kezaman jahiliyah?tak kurang juga dengan kes pembuangan bayi.Manusia dah semakin tidak bertamadun.Pada usia 20 tahun ini, aku bertekad untuk membantu menyelamatkan mangsa penderaan. Aktif berprogram dapat mengisi ruang masa yang ada.Sekurang-kurangnya ini sahaja yang Melati mampu.Ati faham perasaan adik-adik yang didera.Peringatan kepada mereka,tetapkan pengharapan hanya kepada Allah.masih terngiang kata nasihat kak Fiza.Ati simpan sampai sekarang jikalau tidak, tak tahulah apa yang akan jadi pada diri Ati.
Melati bermonolog sendirian.

Tuesday, April 6, 2010

warkah cinta berbau syurga

Buku hari ini yang ana baca bertajuk ""warkah cinta berbau syurga"ditulis oleh A Ubaidillah Alias.penulis merupakan anak kelahiran serambi mekah.
baru tadi berjumpa dengan rakan yang baru balik dari tanah arab.Banyak bertanya tentang pengalamannya kerja di sana.makin meluap-luap semangat ana untuk kesana..insyaAllah..segala yang baik datangnya dari Allah.jika diizinkan Allah,ana juga mau ke sana suatu hari nanti.

oh ya kembali ke novel tadi...sedikit sebanyak seperti ada kaitan dengan diri ana sebenarnya.hanya berkawan melalui warkah.kisah Amir mukhlis mahasiswa yang bijak dalam penulisan sehingga mendapat tarikan dari pelajar terbaik smka.Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan yang amir sendiri tidak pasti....keputusannya.belum habis kisah itu,muncul pula Balqis yang membawa harapan.Amir mendapat konflik dan cuba untuk menyelesaikan antara perasaan dan persahabatan..pada masa yang sama kesihatannya turut terganggu....

ana masih terngiang dengan persoalan Amir kepada ustaznya
"kenapa seorang perempuan bertanya kepadanya sedangkan ramai lagi sahabat yang boleh dirujuk...."
jawapan ustaz mudah dan tepat "kerana dia rasa hanya kamu tempat selayaknya untuk dirujuk atau dia inginkan perhatian dari kamu...."

kisahnya sangat menyayat jika dihayati,setiap warkah yang ditulis, seperti hidup!!!
bagi yang belum baca novel ni, cepat2 dpatkannya.....=)

Monday, April 5, 2010

rindunya pada adik2...


Hujan lebat hari ini...Alhamdulillah .Petang semalam bunga yang ditanam kering kontang,dedaun kuning,bunga pula jatuh gugur...kesiannya pada tumbuhan ini..cuaca panas meliputi seluruh tubuhnya yang mengerdil.
tapi tak perlu risau,sebab petang ini hujan lebat membasahi tanah dan meresap terus dalam akarmu.Nah ! minumlah sepuas2 nya ...esok subur kembali ya..ana nak tengok daun yang hijau,bunga yang mekar.warna kegemaranku purple dan putih. =)
Dalam suasana yang sejuk ke tulang ni..buat air teh panas bersama pisang goreng.di cicah pula dengan kicap bercili..Ya Allah nikmat lebih terasa jika sambil berhalaqah dgn sahabat semua =). rindunya saat seperti ini...
Kepada Adik2 teen circle, semoga kita berjumpa lagi pada bulan ini.
RINDUnya pada kamu semua....=)
"jangan biarkan waktu berlalu tanpa melakukan hal yang berguna"