Friday, April 16, 2010

Biarkan Aku Pergi



"Mama,genggamlah tangan adik...adik rindu sangat saat-saat manis seperti itu"
"mama, esok jangan pukul melati lagi ea..." memegang peha yang kemerahan.dah tak berdarah...tp kulitnya sakit!perit! nak mengadu pada siapa.Melati ja satu-satunya anak mama dan papa. Dulu ada juga Kak Fiza yang selalu jengok Melati bertanya khabar,bagi Melati makan.sekarang kak Fiza dah pergi jauh.Mama kata pergi keoversea.
Melati pun dah lama tak jumpa kawan-kawan.Duduk terperap dalam rumah.Mama kata jangan keluar sebab kat luar ada banyak orang jahat.Tapi,dalam rumah pun Melati tak jumpa orang baik.

"Ati, sayang..percayalah Allah ada disisi Ati.walaupun Ati kecik lagi,Allah dengo doa Ati" kak Fiza selalu nasihatkan Ati dalam loghat johornya. Ati suka tengok kak Fiza.cantik berkulit putih,hidung mancung,mata bulat.selalu manis berbaju kurung.Setahu Ati, kak Fiza pelajar Universiti tapi tak tahu pula yang mana..Ati dah tak ingat.

12/4/1998
Melati dah 8tahun kat dunia ni.Ati ingat lagi masa tu Ati nampak ada seorang perempuan kat tingkap bilik Ati
''Melati, sshhh...diam.Jangan jerit"
Ati takut.Mama kata kat luar banyak orang jahat.Ati diam.
"Buka tingkap ni,sayang" ''Hah? kak Fiza ker?" Ati kenal sebab tiada orang lain yang panggil Atii sayang kat dunia ni.
"Ya Allah ,teruknya muka Ati.Nah baca surat ni" mungkin kak Fiza lupa,Ati dah lama tak pergi sekolah.Ati kenal ABC ja....muram.Surat tu dibiarkan ditepi.
"Ati tak tahu baca"
"Oh,okie okie.maaf sayang.dah,dengo ni akak bagitau Ati.kita tak banyak masa sekarang.Ati buka pintu belakang sekarang!" kak Fiza menjerit tp bersuara halus mungkin sebab takut ada orang dengar.Ati kaget.kepala dihangguk tanda setuju.kaki yang sakit bagai terubat bila nampak kak Fiza...

Melati terlepas..dari cengkaman harimau yang ada rumah.

***************************************************************

Merenung ke luar jendela.Perasaan berkocak bila mendapat tahu berita kematian Kak Fiza. Tajuk Akhbar:10/12/2009-Johor.Bekas Pelajar UIA Ditemui Mati.Pembunuh kini dipenjara dan akan dihukum gantung.
Ya Allah kau tempatkanlah dirinya dikalangan orang yang beriman.Arwah kak Fiza, menjadi mangsa keadaan kerana menyelamatkan aku semalam.Walaupun aku bebas sekarang,namun kebebasan ini tiada makna lagi tanpa orang yang aku sayang.

Duduk kembali di meja tulis.Membuka helaian suratkhabar....Ya Allah dulu Melati ingat tak ramai yang didera...Sekarang ni lagi bertambah kes penderaan kanak-kanak.Statistik menunjukkan peningkatan mendadak.Adakah kita akan kembali kezaman jahiliyah?tak kurang juga dengan kes pembuangan bayi.Manusia dah semakin tidak bertamadun.Pada usia 20 tahun ini, aku bertekad untuk membantu menyelamatkan mangsa penderaan. Aktif berprogram dapat mengisi ruang masa yang ada.Sekurang-kurangnya ini sahaja yang Melati mampu.Ati faham perasaan adik-adik yang didera.Peringatan kepada mereka,tetapkan pengharapan hanya kepada Allah.masih terngiang kata nasihat kak Fiza.Ati simpan sampai sekarang jikalau tidak, tak tahulah apa yang akan jadi pada diri Ati.
Melati bermonolog sendirian.

No comments:

Post a Comment