Buku hari ini yang ana baca bertajuk ""warkah cinta berbau syurga"ditulis oleh A Ubaidillah Alias.penulis merupakan anak kelahiran serambi mekah.
baru tadi berjumpa dengan rakan yang baru balik dari tanah arab.Banyak bertanya tentang pengalamannya kerja di sana.makin meluap-luap semangat ana untuk kesana..insyaAllah..segala yang baik datangnya dari Allah.jika diizinkan Allah,ana juga mau ke sana suatu hari nanti.
oh ya kembali ke novel tadi...sedikit sebanyak seperti ada kaitan dengan diri ana sebenarnya.hanya berkawan melalui warkah.kisah Amir mukhlis mahasiswa yang bijak dalam penulisan sehingga mendapat tarikan dari pelajar terbaik smka.Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan yang amir sendiri tidak pasti....keputusannya.belum habis kisah itu,muncul pula Balqis yang membawa harapan.Amir mendapat konflik dan cuba untuk menyelesaikan antara perasaan dan persahabatan..pada masa yang sama kesihatannya turut terganggu....
ana masih terngiang dengan persoalan Amir kepada ustaznya
"kenapa seorang perempuan bertanya kepadanya sedangkan ramai lagi sahabat yang boleh dirujuk...."
jawapan ustaz mudah dan tepat "kerana dia rasa hanya kamu tempat selayaknya untuk dirujuk atau dia inginkan perhatian dari kamu...."
kisahnya sangat menyayat jika dihayati,setiap warkah yang ditulis, seperti hidup!!!
bagi yang belum baca novel ni, cepat2 dpatkannya.....=)
No comments:
Post a Comment