Sunday, January 30, 2011

KEMPEN JOM...

JADIKANLAH DIRIMU IBARAT BENIH YANG BAIK, JATUH KE LAUT MENJADI PULAU... JOM JADI ORANG BERGUNA KEPADA AGAMA ISLAM ...

DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN... JOM BERDOA..


 JOM JADI WANITA SOLEHAH... BERBALOI BALOI...DI DUNIA DAPAT PAHALA DI AKHIRAT ALLAH JAMIN SYURGA... INSYAALLAH...

SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA....

 Insan Terpilih . Bila teringat balik zaman muda muda dulu masa bersama sama naqibah buat usrah, kakak naqibah tu selalu cakap kita ni umat Nabi  Muhammad SAW umat yang terpilih, sebab kita umat akhir zaman... Masa tu tak faham kenapa terpilih? kenapa akhir zaman?... bila dah lama lama , umur pun dah bertambah barula faham.. Rupanya tanggungjawab umat Nabi Muhammad SAW ni sangatlah besar sebabnya lepas Muhammad B Abdullah tak de dah nabi atau Rasul selepas baginda nabi.. so tugas menyebarkan Agama Islam yang tercinta ni automatik jatuh pada umatnya yang tercinta... MasyaAllah begitu besar tanggungjawab yang ditinggalkan oleh baginda nabi kepada kita..dan bagitu besar pahala yang Allah akan bagi pada hambanya yang menjadi penyambung mata rantai perjuangan baginda nabi...tapi kita sedikitpun tak pernah merasakan title INSAN TERPILIH tu sebagai hadiah yang Allah nk bagi kat kita...

Buktinya ramai di antara kita tahu tanggungjawab berdakwah tapi berapa ramai di antara kita yang mahu berdakwah... macam macam alasan yang diberikan sibuklah, kejelah ...1001 alasan boleh diberikan kalau kita tak mau berdakwah... betul tak...Kalau nak berdakwah kat tempat kerja pun boleh berdakwah... contohnya, masa makan ramai ramai, selitkanla cerita cerita yang baik mengenai adab makan Rasulullah, manala tau diorang terbuka hati nak ikut kan dapat pahala mengamalkan sunnah nabi...ni sebagai contoh... saya rasa sahabat sahabat saya mesti lagi pandai kan... sebab semua orang dikurniakan akal... cuma nak dengan tak nak jer kita nak gunakan akal tu...wallahualam...

Friday, January 21, 2011

12 Barisan Manusia Menuju Akhirat


Barisan Pertama

"Diriringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah SWT.
"Mereka orang-orang yang menyakiti hari jiran sewaktu hidup mereka.Mereka sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga .Meraka akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat."
Firman Allah : "Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari(memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu).Itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Berbuat Baik Kepada Jiran Tetangga


Taman Syurga 1 : Tahaalluf Siyasi

 buka majlis..ahli-ahli nisa' lembah pantai
Pembuka 2011
Alhamdulillah,pada 13 Januari lepas,kami nisa' lembah pantai telah mengumpulkan semua ahli nisa' lembah pantai yang lama dan baru dalam usrah pertama kami bagi tahun 2011.Masih tidak terlambat untuk mengucapakan selamat datang kepada ahli nisa' lembah pantai yang baru,kehadiran kalian amat dialu-alukan,mudah-mudahan dengan kehiran kalian ke nisa' lembah pantai ini memberi nafas baru kepada nisa' lembah pantai untuk menabur bakti kepada masyarakat.Jom realisasikan impian bersama.

 bincang-bincang

 naqibah : kak wafa
TAHAALLUF SIYASI
Sedikit perkongsian secara ringkas,tentang tajuk yang di pandu oleh naqibah kami kali ini ;kak wafa.
Tahaalluf siyasi ataupun  mudah katanya kerjasama,perjanjian politik untuk kepentingan kebaikan dan kemaslahatan agama, masyrarakat dan negara yang tidak melanggar syarat-syarat  dan prinsipnya.
Antara syarat yang terpenting adalah menjadikan Islam sebagai pendominasi dalam tahalluf tersebut.Bayangkan jika syarat ini tidak di patuhi,niat untuk meruntuhkan Jahilyyah,namun memberi peluang pihak lain untuk membentuk Jahiliyyah baru pula.
Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islamiyah (sahabat-sahabat boleh klik pada tajuk ini untuk mengetahui siri-siri tahaaluff siyasi dalam menegakkan daulah islamiyyah)

 menu : kue tiaw kungfu dan agar-agar buah

TERIMA KASIH DAUN KELADI
Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah (Nursing Generation House) di Sek 17 Petaling Jaya kerana menyediakan pakej tempat dan menu untuk usrah kali ini.Ucapan terima kasih juga untuk semua yang menjayakan usrah kali pertama 2011,semoga kita semua terus istiqamah dalam mengisi keperluan rohani kita.