Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “
Antara keistimewaannya:
1. Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al-Quran.
Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
2. limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi) Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
3.Ada 2 kegembiraan
1)apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya.
2)apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya
4. Puasa bulan ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri yang akan menentukan ganjaran. (setiap pahala akan digandakan 10-700 kali ganda)
5. Dalam bulan ramadhan akan berlakunya Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti ibadah seribu bukan. Antara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. diawal ramadhan adalah kerahmatan, dipertengah Ramdahan keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas daripada neraka. seperti firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 1-5
No comments:
Post a Comment