Thursday, February 17, 2011

kempen kesihatan di Pangsapuri KTMB Bangsar Utama...

   Assalamualaikum... salam ukhwah sahabat sahabat sekalian.. semoga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Illahi Robbi...  Sedikit laporan mengenai program yang baru sahaja dilaksanakan oleh Team Nisa' Lembah Pantai dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Lembah Pantai dan juga sahabat-sahabat daripada Team PAPISMA...
    Program bermula seawal jam 8 malam pada malam sebelumnya iaitu program forum kesihatan bertajuk "Mati Terkejut Ketika Bermain Badminton" yang menampilkan tokoh tokoh yang tidak asing lagi dikalangan kita iaitu Dr Rosni (ketua Nisa' Malaysia) merangkap doktor perubatan, saudara Khairil Aslan Abdul Rasyid (atlet) dan juga wakil daripada pelajar iaitu saudari Nazirah daripada pimpinan PMIUM.

    Program bermula pada jam 9 pagi iaitu sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dilakukan oleh sahabat-sahabat PAPISMA kemudian diteruskan dengan ceramah kesihatan mengenai Kanser Serviks yang disampaikan oleh Dr Rose Faiza daripada Hospital Putrajaya.Kehadiran para pengunjung amat memberangsangkan kerana bilangan yang hadir melebihi 150 orang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengikuti ceramah yang diadakan..Hal ini membuktikan tahap kesedaran mengenai kesihatan warga di Bangsar Utama amat baik memandangkan pelbagai jenis penyakit yang tidak terjangka melanda penduduk di Malaysia terutamanya penduduk di kawasan bandar...
   Terima kasih yang tidak terhingga untuk tenaga kerja daripada AJK penduduk di Pangsapuri KTMB Bangsar Utama kerana sudi menerima kehadiran kami, kepada Team Papisma dan juga Dr Rose Faiza dan Dr Fuad sekeluarga  , Dr Marlinda dan juga sahabat sahabat semua terima kasih kerana bersama-sama menjadi ahli keluarga Nisa' Lembah Pantai....
Syukran Jazilan... Jazakallahukhairan kathira....

No comments:

Post a Comment