Membantu insan-insan yang kurang bernasib baikKonsep sedekah itu seperti sabda Nabi, ''Setiap amal yang baik adalah sedekah.'' Bahkan, kata Rasulullah, ''Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.'' Jadi, tidak hanya harta saja. ''... berjuanglah (bersedekahlah) dengan hartamu dan jiwamu.''
Sedekah merupakan ibadah yang utama.
Firman Allah, ''Wahai orang-orang yang beriman, (sebagai syarat keimanan mereka), maka dirikanlah solat dan sedekahkanlah sebagian dari rezeki yang datangnya dari Allah SWT.''
Hadis lainnya, ''Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah, dan bertambah.''
Baru-baru ini kami berpeluang untuk menjayakan lagi program NSK dikawasan Lembah Pantai. 2/1/2010 adalah tarikh yang dipilih memandangkan musim persekolahan akan bermula pada 4/1/2010 .
Alhamdulillah,dalam renyai-renyai hujan program kali ini berjalan lancar dengan bantuan penduduk ( En Wan-penduduk Pantai Permai dan Kak Kamsah-penduduk Flat Sri Pahang ).
Rumah pertama yang kami kunjung adalah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 12 orang anak . Tidak dapat menahan sebak apabila beliau menangis, syukur kerana masih ada yang memberi bantuan.Dalam perbualan bersama keluarga, rupa-rupanya anak beliau selalu mengikuti program Nisa' . InsyaAllah mudah untuk mengikuti perkembangan keluarga di masa akan datang.
Sempat di dalam kereta untuk meneruskan perjalanan ke bangsar, kami menikmati bubur Asyura yang diberikan oleh En. Wan.Nikmatnya sebab bubur asyura dari kelantan, jarang sekali dijumpai....
Setiba di Surau Bangsar, kami disambut oleh Puan kamsah. Puan kamsah menunjukkan arah rumah seterusnya.
Dalam samar2 lampu neon, kami bersalaman dengan penghuni rumah.
Kami disambut ramah. Ibu tunggal ini mempunyai 7 orang anak. 4orang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. yang terbaru, anak perempuanya mendapat 7A, 1B dalam peperiksaan PMR.
Berbekalkan sumber rezeki dari mengajar mengaji, beliau telah berusaha untuk menyekolahkan anak-anaknya. Sumbangan kepada beliau berjumlah RM200 telah diberikan oleh Nurul Ain (wakil Nisa' LP) .
Program ini berakhir jam 6.45 petang. Alhamdulillah selesai satu misi untuk bersama mendengar masalah penduduk...dan ia tidak akan berakhir di sini...
semoga ia akan masih diteruskan di masa akan datang. =)